Sri Lanka Day 1: Intro & Sigiriya

assalamualaikum semua,

salam first blog post! ✌ wiwiwiwi. saya dapati info tentang trip sri lanka agak kurang, hence this blog. orang tanya apa yg bestnya sri lanka? jawapannya, macam-macam. dan semuanya best!


sya ceritakan secara ringkas dahulu tentang trip ni. kat bawah tu nanti saya kasi details okeh.


plan perjalanan kami 


Bandaranaike International Airport - Sigiriya - Nanuoya - Ella - Mirissa - Bandaranaike International Airport


tempoh perjalanan: 6 hari 


kami pergi pada sept 2017. jadi segala info, tambang bas dan tren is accurate as of sept 2017 la ye. 





         iyaaaaaaa kalau ikut kilometer mmg jauh! saya sendiri tak sangka sejauh ini. tambahan pula naik turun public transport.

serba sedikit tentang sri lanka

1. ada tiga bahasa utama iaitu; sinhala, tamil dan inggeris.


2. matawang ialah sri lanka rupee (rp)

3. ada empat agama besar disana; buddha, islam, hindu dan kristian.

4. orang malaysia kalau masuk kena ada visa. klik sini.

5. contact saya utk travel insurance klik sini. if link is broken boleh whatsapp 012.314.3182.


6. sri lanka ialah gmt +5:30 iaitu dua jam setengah lewat dari waktu malaysia.

7. perkhidmatan bas dan tren sangat, sangat, sangat efisien. jadual tren boleh refer sini . jadual bas tanya local people. dorang hafal waktu bas. seriously. disebabkan ini, adalah dinasihatkan anda bawak backpack sahaja. jgn bawak luggage sbb susah nak bergerak dan susah nk simpan dalam bas dan tren nanti.

8. transaksi melalui kredit kad masih lagi limited. kebanyakan premis tak accept. even restoran seafood tepi laut. kitorg pg aritu kedai kopi hipster lavazza je accept kad. mungkin juga kami pg tempat tak cukup mahal. maklom le budget traveller 😅

9. orang tempatan baik-baik semuanya dan pembersih. jangan berani buat perangai kotor ok. malu orang tengok.

ok kita start dengan detail dari hari pertama sampai hari terakhir.

hari pertama:

kami sampai di airport pada pukul 0930am waktu tempatan. untuk ke sigiriya kene ambil bas lompat-lompat.


1. dari airport, ambil tuktuk ke aweriwata bus station. harga rp200 journey 15minit.

2. dari aweriwata bus station, ambil bas (mcm bas mini tu tapi besar) ke negombo bus station. rp50 journey dalam 20 - 30minit.

note: kalau dapat bas direct airport - negombo bus station lg bagus. kitorg aritu tak jumpa pulak. kalau pakai uber charge dalam rp500.

note lagi: harga tuktuk ialah per ride (comfortable for three pax). harga bas dan tren ialah per head.

3. dari negombo bus station, amik bas ke kurunegala. silalah amik bas ekon utk kurangkan hazab hahhaahah. sbb panas weh. harga pun tak mahal rp210 je untuk 2 jam perjalanan. cakap kt dorg 'a/c bus' paham la dorang nanti.

note: bas ekon juga berhenti utk amik orang, tp kurang hentiannya berbanding bas takde ekon. jimat masa.

4. dari kurunegala, amik lagi bas ke dambulla. seolah-olah tiada bas ekon untuk trip ni. jd terpaksa settle for non a/c bus. rp100 dua jam perjalanan.

5. dah sampai dambulla, amik lagi bas hahahhahah sila jangan give up kita dah nak sampai ye. dari dambulla ke sigiriya dalam 15 minit sahaja. bas takde ekon rp40.

in a nutshell trip dia mcm ni: airport - aweriwata bus station - negombo bus station - kurunegala - dambulla - sigiriya.

note: jangan percaya cakap tuktuk driver yg akan cuba con korg kata bas takde/ bas dua jam sekali etc unless korang sampai pukul 11 malam tu lojik la jugak. kalau siang lg insyaallah bas sentiasa ada. dan sangat frequent. kalau nak info tanya orang selain tuktuk driver okeh.

alhamdulillah kami sampai homestay pukul 5 petang. sempat lagi solat asar zuhur sbb maghrib dalam pukul 6.17pm camtu.

malam kami lepak je kt homestay. kawan2 saya baca buku. memang layannn sbb sejuk je memalam kat sana. wifi pun laju so malam tu kami layan gak sea game punya closing ceremony.

rajin-rajinkan mulut bertegur sapa dengan orang2 sana. insyaallah akan dapat banyak info berguna.


ni la dia bas takde ekon. kami panggil dia bas ashok hehehe.


day two: page sebelah.

Comments

  1. Salam adik. Akak nak ke colombo next week. Ground package utk 7 orang for 4 days is 590USD. Ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. terpulang pada servis dia kak. kami bajet kecik jadi amik hotel biasa, makan pun kt tempat biasa2, amik bas je tak pakai teksi.

      makanan dia banyak tau. kami salu order utk 2 n share 3 org.

      Delete
    2. usd590 utk 7 org mcm ok

      Delete
  2. assaalaulaikum..bolehkah saudari kongsikan intenarity penuh dan budget kos trip ini.. terima kasih

    ReplyDelete
  3. kalau ada softcopy emailkan pada saya.. q1-29582@pelajar.ipgmipoh.edu.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply. tak perasan ada komen. yg kt blog ni je iti yg saya ada. harap dapat membantu.

      Delete

Post a Comment