Assalamualaikum & salam sejahtera daripada Si Joned (SJ).
Sedikit maklumat dan tips berkaitan UK dan The Netherlands:
Untuk post pertama ni, SJ ingin berkongsi ringkasan unplanned trip SJ ke beberapa tempat di United Kingdom (UK) iaitu London, Manchester & Liverpool (12-16 September 2017) dan di The Netherlands (Amsterdam, Zaanse Schans, Marken & Volendam) dari 16-18 September 2017.
![]() |
| Tempat yang SJ singgah di UK 🇬🇧 |
![]() |
| Tempat yang SJ singgah di The Netherlands 🇳🇱 |
SJ buat masa sekarang tinggal di Paris, FR untuk beberapa ketika jadi route yang SJ buat ni akan bermula & berakhir di Paris.
Untuk trip ni juga SJ berjaya lawat 4 stadium bola terkenal antaranya:
- Wembley Stadium, London: Temporary home untuk Kelab Tottenham Hotspur FC sementara their new stadium dibina menggantikan White Hart Lane;
- Anfield Stadium, Liverpool: Home stadium untuk Kelab Liverpool FC;
- Old Trafford, Manchester: Home stadium bagi Kelab Manchester United FC; dan
- Etihad Stadium, Manchester: Home stadium bagi Kelab Manchester City FC.
| Cenderahati yang SJ ada sebagai kenang-kenangan melawat 4 stadium tersebut |
Sedikit maklumat dan tips berkaitan UK dan The Netherlands:
- Matawang bagi UK ialah Pound Sterling(£) dan The Netherlands ialah Euro(€).
- Perbezaan masa antara UK dan The Netherlands dengan Malaysia adalah masing-masing lewat 8 jam dan 7 jam. Namun, apabila Daylight Saving Time ataupun dipanggil Summer Time(kebiasaannya pertengahan Mac hingga pertengahan Sepetember) bermula, perbezaan masa menjadi hanya lewat 7 jam bagi UK dan 6 jam bagi The Netherlands daripada Malaysia.
- Di UK mungkin kita tidak bimbang dengan penggunaan bahasa Inggeris(kecuali loghat dan dialek di sesetengah kawasan) tapi di Netherlands pun tak perlu risau kerana walaupun bahasa rasmi negara ini adalah Dutch tetapi penggunaan Bahasa Inggeris sangat meluas kerana ia merupakan subjek wajib di sekolah-sekolah.
- Pengangkutan awam di kedua-dua negara membangun ini sangat menepati masa. Jadi kita harus on time dan sekurang-kurangnya berada 15 minit lebih awal di platform/station.
- Tiada masalah penggunaan kad kredit atau kad debit ketika berurusan. Malahan jika anda ingin membeli kopi serendah 2€ pun boleh menggunakan kad kredit/debit.
- Lebih baik anda sediakan itinerary perjalanan anda atau tiket penerbangan anda pulang ke Malaysia secara hardcopy atau softcopy sebagai rujukan pihak Imigresen. Anda juga perlu tahu di mana tempat penginapan anda di UK atau Netherlands sebab kadang kala pegawai yang memeriksa anda tu rajin pulak nak ambil tahu perkara-perkara tersebut. Ini prosedur biasa mereka untuk kesan overstay, immigrant etc. jadi kalau ditanya mohon jawab dengan confident....janganla terketar ketar pulak 😜.
- Tempoh rakyat Malaysia (tanpa perlu visa) untuk berada di UK adalah 6 bulan dan di Schengen Area (The Netherlands, France, etc) adalah 3 bulan. Boleh check sini kalau nak tahu in details (https://en.wikipedia.org/wiki/Visa_requirements_for_Malaysian_citizens)
Okay, SJ stop sini dan akan sambung di post selanjutnya. Till then, au revoir.


Germany x de ke
ReplyDeletesy hanya pergi dortmund-munich-fussen-stuttgart-cologne je early 2017...nak sy buat post pasal germany ke? takut outdated pulak sbb dh hampir setahun pergi..
Delete