Sri Lanka Day 6: Mirissa Beach, Galle & Airport

sebenarnye kitorg takde plan apa pun kat beach. sekadar berjalan-jalan tengok apa yg ada. takde expectation apa-apa pun.

lepas subuh kami ke pantai nak tengok sunrise. tp cloudy lagi so tak ada la sunrise nye. so kami jalan-jalan sepanjang pantai. dah sampai hujung, cari tempat duduk baca buku. ada la 2,3 org local jogging tepi pantai. wana yg peramah tegur dorang, end up dia pun berjogging sekali. 

lama jugak kitorg kat tepi pantai tu sekadar berlari-lari dan membaca. dalam 0830 am camtu kedai2 pun dah start bukak. kitorg pg kedai yg sama smlm sbb owner homestay kami keje situ dan kebetulan dinner smlm sedap gak.

so order breakfast, borak2, dan last skali mandi laut yeay!

sebenarnya musim ni ombak rough sikit. kalau tak byk je aktiviti pantai; swimming, surfing etc. kali ni ada la beberapa org je yg masuk air. kitorang pun takde la mandi. cicah-cicah badan sikit je. nak merasa laut indian ocean. air dia masin gila bak hang!

mintak maaf gambar tepi pantai tak seswai utk publish 😎

dalam tghari gitu saya packing sume siap-siap nak balik. saya balik sorang ye. sbb silap book tiket hahahha. farah dgn wana balik esok!

ok so dari mirissa kami gerak ke galle. galle ni bandar besar so banyak pilihan transport yg ada kt sana untuk ke colombo dan airport.

kami sampai galle awal gak dlm pukul 1. carik makan seround. pusing2 jap bandar galle mana yg sempat la.

galle ni pun pekan tepi laut. ada fish market dan orang jual2 ikan kt tepi jalan tp disebabkan esok tu stat long holiday, orang tak jual sangat...



             nampak tak dia jual apa tu? baby shark do do do dooo baby shark do do do dooo

sempat juga masuk ke galle fort. masuk je la tak sempat baca sejarah dia pun...


                                                                        free entrance




dan selepas itu they waved me goodbye. sobsssss 😭


                               byeee semua. korang sampai KL sok aku pikap kt airport!

summary:
mirissa beach - galle bas takde ekon rp70  1 jam
galle - colombo bas ekon rp300 3 jam (naik train lg cepat sebenarnya. dan murah)
colombo pettah station - airport bas ekon rp200 1 jam

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

esoknya farah n wana amik train dari galle ke colombo. 2 jam je journey harga rp200 kot. sempat la dorang pusing colombo jap. 

warning: di galle dan colombo ni dah banyak org buat bisnes. so jangan percaya orang sangat esp bila nak amik tuktuk. dia boleh ketuk korang kaw-kaw. apa-apa pun, bargain more than half, okey.

ini gambar di colombo train station. train dia dah tak touristy sangat unlike nanuoya - ella route yg kitorg amik tu ari.



dan a must visit place di bandar colombo; masjid jami ul alfar! 

dia tak jauh dari colombo trainn station. saya mmg teringin sangat nak pegi, tp takde rezeki....




so yeap. harap-harap membantu perjalanan korang. sri lanka ni besar rupanya tak cukup 6, 7 ari pun. dah la murah. kami spend sorang dlm rm650 je camtu utk ground arrangement. kalau amik hostel dan boleh bertabah naik bas takde ekon boleh jimat lg banyak!

kalau ada apa-apa soalan tulis je kt bawah. insyaallah saya cuba bantu.

jumpa lagi di trip lain pule insyaallah πŸ™‹

Comments