Sri Lanka Day 3: Horton Plains National Park

semalam ketika sampai kami sempat berbual dgn sujee tentang plan harini. last2 decide utk ke horton plains. sujee siap pack kan breakfast dan arrangekan van utk kitorg. so semua dah senang. cuma utk ke horton plains, kene gerak pukul 5 pagi ye (subuh pukul 4.45pagi)

kene bayor:
  1. van rp4000
  2. entrance fee rp9500 for 3 foreigners, 1 van and 1 driver
  3. vadey 5 ketul  rp100. ok ni optional. jgn aaa serius sgt hahahhaha
kami manusia suka makan kurang eksesais dan suke ambil gambor menghabeskan masa sebanyak 4 jam kt sini. driver kasi 3 jam je but we couldnt make it. so dinasihatkan amik no tel driver korg takla dia tertunggu-tunggu kalau lambat nnt.

ada 2 kali entrance dia. yg pertama utk bayar. lepas bayar van akan drive sampai ke depan pintu park. inilah pemandangan kami seawal lebih kurang 6.30pagi πŸ’“



          can u see it? yep they live in the wild! we are not allowed to turun kereta beramah mesra ye.


                                       sampai sini je kete boleh masuk. park kete sini.


bermulalah pengembaraan!



actually we didnt notice that the whole loop is freakin 10km. pastu konfiden ckp kat driver ok lg 3 jam kitorg sampai. pastu masa trekking heran ngape laa tak jumpa hujung. dah kelua baru perasan. sepuloh kilo kau!

tips, kalau amik jalan ke kiri mcm kitorg (sebenornya amik kiri sbb folo je matsaleh kt depan tu) dia start dengan hiking. kanan pula start dengan trek mendatar. kiri atau kanan korang tetap akan patah balik ke point masuk yg sama sbb dia mcm bulatan.

note: ini masih lg kawasan tanah tinggi jadi suhu masih sejuk. bawak la sweater. and a small bag. as u trek u'll sweat, boleh bukak dah sweater tu. nnt suhu dia jadi sedap2 je. best sgt!

note lagi: aku dah kabor kat post day 1 org sini pembersih kan? haaa sila maklum nk masuk sini tak boleh bawak plastik. mineral water boleh. segala makanan dlm plastik akan ditransfer ke paper bag. jd bawa makanan kering la ye. jgn bawak kari ayam plak.


                    nyaman sangat udara sini. kawan-kawan saya cantik sbb tu malu nk tunjuk muka πŸ˜‰


                 yassss grasslands! perhatikan disitu perbezaan tulisan tamil (kanan) dan tulisan sinhala (tengah)
                                             
                                                      ini di world's end. tengok gambar bawah πŸ‘‡


   tengah ralit enjoy view tibe-tibe kabus formed dan terbang ke atas. laju pergerakan dia saya sgt terpesona subhanaallah.... tarik napas panjang2 bukan senang dapat fresh air mcm ni.

        kami teruskan perjalanan. time ni mmg rasa nak nanges. bergesel dah tulang lutut ni rasanya....


 sampai bakers fall. rasa nak berkubang dalam ni sbb masing2 dah lencun berpeluh. tp sini takleh mandi.


                                                    okeh sambung jalan lg. kan 10km hahahha


                                                              jumpa pulak pool dia. cantikk!



tengah mengah berjalan n nak kejar waktu, ada geng family sri lankan ni baru masuk dari arah bertentangan. dari sekecik2 budak, sampai la ke opah-opah semua ada. lilek je pakai selipar masuk. haku ni siap nak talipon helikopter dah suruh pikap penat nye la hoiiiii...

the kids said hello to us. peramah budak2 sini. kami gelak2 sambil amik gambar. orang sri lanka ni juga murah dengan senyuman tau. so kawan saya ajak la para opah bergambar. opah senyum je sambil angguk. lepas amik gambar kami ucap terima kasih. tetiba masa nak gerak tu opah panggil kasi tempek pisang ni sorang satu. alahhh suwit sangat!! 

perasan tak tempek pisang balut pakai daun? ia organik maka dibenarkan masuk. kalau plastik tak boleh.


                       baju harimau malaya sempena hari kemerdekaan malaysia ke-60! πŸ™Œ


summary: sini untuk nature lover yg enjoy easy hiking. untuk peminat haiwan, rasanya boleh research udawalawe national park sana lg banyak. kami pilih horton plains sbb dia dekat dan kami kesuntukan masa utk pergi lebih jauh.

--------------- korang dh penat nak baca ke cane ni hahaha. kt bawah ada cerita lagi sikit -----------------


so alhmdulillah by 12noon cmtu kami sampai semula di homestay. one of the reasons kami amik homestay ni ialah sbb dia sgt dekat dgn train station. lgsatu sbb dia iklan gambor ni kt booking.com.


                  haaaaaaaaaaaaa kau raser? tak ke mengundang gambar ni?

kawan saya tunjuk gambar ni kt sujee. sujee kebetulan tgh free dia kata meh sini dia bawak. katanya dekat aje kt bawah tu.

jalan punya jalan haku rase dkt setengah jam jugak. dah aa naik bukit. adikk oiiii, hakak punya saket lutut treking pagi tadi pun tak ilang lg sobsss...

tapi, ni lah dia view dia


mmg kami lalu ATAS landasan hokey. macam jaman mak abah kita dulu. ia bukan kesalahan pun. tp hati-hati ye takut tak perasan train datang. kt belakang tu semua ladang teh.

apa maciam? landasan keretapi lama di atas air terjun berpaksikan bukit bukau yg diselimuti pokok teh! haaaa hakak habes word dah nak describe ni. berbaloi tak hakak sakit lutut? hahahha



mintak maaf gambor sendu sikit sbb ari nak ujan. sebenornya ada orang mandi kt situ tadi (its actually not allowed!) tp deme dah naik sbb tengok ari nak ujan. tp itu bukanlah point saya di sini. point saya ialah BERSIH kan tempat ni walaupun orang mandi dan berkelah. hakak dah kaborrr deme ni sume pembersih!

terima kaseh sujee sbb layankan aje kami ni. happy je dorang ni sambil jalan sambil berborak n gelak2. kehidupan disini tenang sangat. takde nak rush, takde nak compete sapa lg kaya sbb semuanya sama je taraf hidup. smart phone pun tak ramai pakai. see? betapalah mudahnya hidup ini sebenarnya. less is more.

hokey enough for today. kami decide nak stay lagi satu malam lagi di sini sbb sini best.. kali ini kami tido di nuwara eliya tidak jauh dari masjid. insyaallah esok awal pagi kami akan ke masjid untuk solat sunat aidil adha! labbaikkk! 😁




Comments

  1. kira pagi tu morning walk la kan..ok la jalan cejuk cejuk smpai 10km. Ni 10km p balik ka?

    bersih ropenya sri lanka ni
    πŸ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3/4 mmg jalan. selebihnya tu hike naik turun. sakit lutut gak sbb tak prepare pun. ingatkan jalan biasa je...

      Delete
  2. Bersih sangat dan indah..negara yang tak perlu highteh tapi cukup segala segi. Benarlah, sederhana itu indah

    ReplyDelete

Post a Comment