Sri Lanka Day 2: Sigiriya & Nanuoya

day 2:

ini plan kami utk hari ini:

  1. hike pidurangala 
  2. gerak ke nanuoya via kandy
pidurangala ialah sejenis bukit. ok sebenarnya kami ingat nak ke lion's rock. lion's rock ialah unesco site jadi entrance fee mahal usd30 mcmtu. dan nak panjat juga ambil masa katanya empat jam naik turun. kami takda masa sebanyak itu. kata orang lion's rock ialah mini machu pichu kat peru tu. jadi kalau korang appreciate historic site, please allow more time here. otherwise, pidurangala will do.

pidurangala ialah bukit. hahaha ok seriously dia ialah bukit kt sebelah lion's rock. entrance fee dia murah sbb dia bukan unesco site pun. so kalau korang naik still boleh nampak view lion's rock dan pekan sigiriya dari atas.

TETAPI. tetapi sila ambil maklum bahawa untuk masuk ke pidurangala anda kene melalui kuil. lalu depan dia sahaja. kami tak perasan rupanya kt pintu masuk ada signboard ini:



dia translate 'cap' sebagai tudung. jadi kami dilarang masuk. nak masuk kene bukak hahahhaha. pelik juga sbb kawan saya pg sebelum ni takda masalah pun. kami cuba nego dgn penjaga kuil tp tak lepas.

kebetulan ada satu couple mat saleh baru keluar dari situ. yg pempuan lek je pakai sua pendek. boleh pulak masuk. haihh tak pahammm....



  nampak pintu gerbang putih tu. kat situ la kami kene tahan.


driver tuktuk kami kesian jadi dia offer pusing kawasan. sambil bawak tuktuk dia kata we shouldve come at 4am. temple people still asleep hahahha. takpelah kang nak turun dia dh bangun. lagi satu hal pulak.

jadi inilah lion's rock dari kejauhan.


                            kalau musim hujan kt bawah tu jadi tasik yg penuh dengan teratai.



                              from different angle. gajah kene tambat jangan risau.



      kawasan sekitar. kalau musim hujan air akan penuh kt situ. dan banyak teratai juga.


so yeah. tak jadi hiking. kami pun balik kemas-kemas dan check out. off to nanuoya via kandy.

note: lion's rock tak perlu melalui kuil. jadi insyaallah takda masalah nak masuk. sedia $$ sahaja kacing!

dari homestay:
  1. amik bas yg takde ekon yg kita amik semalam tu utk ke dambulla. rp35 15minit.
  2. dari dambulla, amik bas ke kandy. bas takde ekon rp150 journey 2j 30m.
  3. dari kandy ke nuwara eliya bas ekon rp230 journey 2 jam. alternatively boleh naik tren, tapi turun di nanuoya. nuwara eliya dan nanuoya ialah 15min je by bus.


                                   kandy railway station tak jauh daripada kandy bus station


note: nuwara eliya dan nanuoya ialah kawasan tanah tinggi cam cameron highland tu. kalau korang jenis cepat mabuk makan la pil sea sick tu, ataupun pi duduk kt tepi bukak tingkap luas-luas. insyaallah membantu. bwk la minyak angin sekali. dan vomit bag just in case 👶

note: sbb dia tanah tinggi, jadi dia sejuk yeayyyy! 20c siang, malam boleh cecah 14c. malam sejuk sangat ok. kalau ada bajet lebih amik bilik yg ada heater tau.




                                                                ladang teh di kiri dan kanan


dan seperti semalam, kami sampai nanuoya dalam pukul 4.30 petang yeayyy! tuan rumah baik hati hidangkan kami teh segar dari ladang. upon knowing saya puasa (kebetulan jatuh pada hari arafah) dia ketepikan cawan saya. orang sri lanka ni considerate sangat tau. sangat menghormati orang.

pastu kami eksaited nampak sunset cantik, terloncat-loncat kt depan rumah sujee (nama anak owner) sujee gelak aje sambil ajak kami berlari ke atas. rupanya rumah dia ada rooftop. inilah pemandangan sunset kami subhanaallah!



                  nampak tak dah berkabus. sejuk dan nyaman sangat rasa nak nanges.


end of day 2. salam kemerdekaan dan salam aidil adha! 😊

Comments

  1. Hi, boleh tau tak nama guesthouse u stay hri tu? Recommended tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sigiriya - freedom homestay
      nanuoya - thebtrain view
      nuwara eliya - namadi nest
      ella - minta maaf tak ingat. little paradises ke apa nama dia.
      mirissa - the bird's view.

      semua best maybe sbb sri lankan mmg baik kot. helpful sgt esp yg the train view tu. saya ada cerita sikit pasal anak owner dia, sujee kt post saya.

      Delete

Post a Comment