Indonesia: Gunung Prau & Dieng (pagi)

Kali ni, saya nak cerita trip pertama saya ke Dieng dan Magelang, Jawa Tengah. Tujuan utama ke Indonesia kali ni adalah hiking backpacking. Jadi, cerita kali ni lebih kepada nature (dan makanan). 
Untuk sampai ke Dieng, saya beli tiket Air Asia ke Solo. Penerbangan AA dari Kuala Lumpur ke Solo hanya ada selang sehari. Jadi, trip kali ni saya beli tiket pergi hari Khamis balik Sabtu. Dah beli baru terfikir kenapa pergi sekejap sangat. Sempat buat apa tiga hari dua malam? Memandangkan saya ada masa yang singkat kat Indonesia, jadi masa yang ada tu terpaksa digunakan sepenuhnya. 

Penerbangan AA terlambat, sampai ke Solo pun lambat. Kawan saya, Latif yang juga malim gunung dah tunggu kat airport. Dari airport, kami naik kereta sewa untuk trip selama 3h 2 m ni. Latif ni jugak yang drive sepanjang saya kat Indonesia. Bayaran yang dia mintak adalah Rp 1.2 juta (500k untuk perjalanan ke Dieng, 200k untuk jalan-jalan kat Dieng, dan selebihnya untuk perjalanan balik ke Solo). Sampai je kat airport, saya terus ajak Latif cari makanan. 


Malam tu, kami makan kupat tahu dan telur. Isi dia mi, tauhu, nasi ketupat, tauge, kobis, sedikit kacang dan berkuah macam kicap. Telur goreng boleh request. Harga dia Rp10,000. Untuk orang yang kuat makan macam saya, tak berapa nak kenyang makan kupat tahu tapi cukup la untuk alas perut. Lepas solat, kami bertolak di Dieng. Perjalanan dari Solo ke Dieng ambik masa 4 jam setengah termasuk toilet break setengah jam. 

Dieng adalah kawasan tanah tinggi di Jawa Tengah, dikenali dengan nama 'Negeri atas Awan'. Suhu kat Dieng ni agak sejuk. Nama pun atas awan kan? Sampai di Dieng lebih kurang 11.30 malam. Kami berhenti di basecamp jalur Patak Banteng. Bayaran kami berdua nak naik gunung termasuk dengan bayar parking kereta adalah Rp50,000. Tinggi gunung Prau 2565mdpl. Orang kat situ kata ambik masa dua jam setengah nak sampai puncak tu, jadi kami tidur dulu. Saya bukak sleeping bag tidur dalam kereta. Si Latif pulak tidur di basecamp.

Kami bersiap-siap untuk naik ke gunung dan mula mendaki lebih kurang jam 1.40 pagi. Disebabkan saya jalan kat depan, saya tak tau nak jalan laju mana. Beginner la katakan. Trek nak naik sampai puncak tu agak senang la. Macam naik Broga lebih kurang, tapi bagi saya, trek Broga pun lebih susah dari trek gunung Prau. Naik waktu malam tak nampak apa melainkan milky way kat langit. Cantiknya...tak tau nak cakap macam mana.

Setelah mendaki lebih kurang 1 jam 20 min, kami sampai ke puncak. Ingatkan jauh lagi hahahahaha. Dah sampai atas tu, sejuk bukan main. Menyesal pulak sampai awal lepas tu tak tau nak buat apa. Terpaksa berlindung kat sebelah pokok sampai matahari terbit. Si Latif tu boleh tidur duduk dengan nyenyak. Saya yang tak boleh tidur ni stress pulak rasanya. Siap menghitung waktu Subuh masuk berapa minit lagi. 

Dah matahari terbit, mula la kami sibuk ambik gambar. Matahari terbit adalah antara tarikan menarik kat gunung Prau. Selain dari gunung Prau, orang tengok matahari terbit kat Sikunir Hill.






Dari puncak gunung tu, kita boleh nampak beberapa gunung lain antaranya Gunung Sindoro, Sumbing, Merapi dan Merbabu. Dah puas ambik gambar, kami pun turun menuju ke basecamp untuk berjalan-jalan di sekitar Dieng. Pemandangan masa turun dari puncak pun cantik.

Lepas sarapan kami terus ke bersiap untuk melawat Kawah Sikidang. Kawah Sikidang ni terbentuk dari kawah gunung berapi yang masih aktif dan hasilkan wap panas serta berbau sulfur. Bau sulfur tu agak kuat jadi elok la pakai mask untuk tutup hidung. Mask ada dijual kat situ. Pendek kata, bau sulfur ni macam bau telur busuk. Bayaran masuk ke kawasan ni adalah Rp 15,000. Kami spend masa sekejap je kat situ sebab kawasan tu macam tak menarik sangat. 




Lepas tu kami terus pergi ke Batu Pandang Dieng yang tak jauh dari situ jugak. Nak tengok Telaga Warna dan Telaga Pengilon dari kawasan yang tinggi sikit la katanya. Telaga Warna ni pulak adalah telaga (kolam) yang berubah-ubah warna. Dari carpark, terpaksa menapak sikit ke atas untuk beli pass masuk yang saya sendiri tak ingat berapa harganya. Dalam hati rasa menyesal jugak sebab kaki dah penat naik gunung pagi-pagi buta tu, lepas tu kena naik bukit pulak. Tapi tak tinggi mana pun. Macam naik tangga rumah tiga tingkat je. Bila dah penat, semua benda tak kena hahahaha


Sebelum keluar dari Dieng tu, kami sempat singgah beli manisan Carica, makanan khas Dieng. Rasa dia manis, macam betik muda yang direndam dengan air gula. Kalau siapa-siapa yang suka makanan pedas, manisan ni pun ada jenis pedas.


Disebabkan Latif nak solat Jumaat tengahari tu, kami pun mulakan perjalanan untuk ke daerah Wonosobo lebih kurang sejam dari situ. Saya bagitau si Latif tu saya nak mandi dan berehat dalam kereta kat stesen minyak sementara tunggu Latif siap solat Jumaat. Sempat la jugak tidur sejam kat dalam kereta weh. Tak sedar apa dah masa tidur tu. Ye la kan, baru mandi, tukar baju, mesti la best tidur. 

(1/2)

Comments